Kami bantu mangsa kemalangan yang bukan salah mereka dapatkan pampasan daripada insurans pihak yang melanggar.(Insurans pihak ketiga)

Semakan percuma.

Adakah Ini Situasi Anda?

  • Anda terlibat dalam kemalangan jalan raya

  • Kemalangan tersebut bukan berpunca daripada anda

  • Anda mengalami kecederaan seperti:

    • Patah tangan atau kaki

    • Kecederaan serius pada badan

    • Hilang keupayaan bekerja

    • Lumpuh atau kecederaan kekal

    • Apa-apa kecederaan

  • Anda tidak pasti bagaimana untuk membuat tuntutan

Jika ini situasi anda, anda mungkin layak untuk membuat tuntutan pampasan.

Apa Perlu Dilakukan Selepas Kemalangan?

Jika anda terlibat dalam kemalangan:

  • Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin

  • Simpan semua bukti seperti gambar, nombor plate kenderaan orang yang langgar dan laporan polis

  • Elakkan membuat pengakuan tanpa memahami situasi

Jika kemalangan tersebut bukan salah anda dan melibatkan kecederaan, anda mungkin layak untuk membuat tuntutan pampasan.

Peranan Kami

Kami membantu anda:

  • Menilai sama ada kes anda layak untuk tuntutan

  • Memberi panduan tentang langkah seterusnya

  • Membantu anda memahami proses tuntutan dengan lebih mudah

  • Membantu menguruskan proses awal selepas kemalangan

Kami akan membantu anda mendapatkan arah yang betul supaya proses tuntutan menjadi lebih mudah dan teratur tanpa perlu pening memikirkan prosedur yang rumit.

Bagaimana Tuntutan Berfungsi?

  1. Anda semak kelayakan kes anda

  2. Kami memberi panduan awal berdasarkan situasi anda

  3. Kami membantu anda dengan proses tuntutan dan dokumentasi berkaitan

  4. Tuntutan anda akan diteruskan mengikut proses yang sesuai

  5. Pampasan akan dituntut daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut

Proses ini dikenali sebagai tuntutan pihak ketiga (third party claim), iaitu tuntutan terhadap insurans kenderaan pihak yang melanggar anda.

Kami membantu memudahkan proses anda dari awal hingga akhir supaya anda tidak perlu pening menguruskan semuanya sendiri.

Kenapa Anda Perlu Bertindak?

Ramai mangsa kemalangan tidak sedar mereka sebenarnya boleh:

  • Menuntut kos perubatan

  • Menuntut kehilangan pendapatan

  • Mendapat pampasan untuk kesakitan dan kecederaan

Jangan lepaskan hak anda hanya kerana tidak tahu cara untuk bermula.

Semak Kelayakan Anda Secara Percuma

Isi maklumat anda di bawah dan kami akan bantu semak kes anda:

  • Nama

  • Nombor Telefon (WhatsApp)

  • Jenis kemalangan

  • Tahap kecederaan

  • Siapa yang salah? (Anda / Pihak lain / Tidak pasti)

Hantar & Dapatkan Semakan Percuma

Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi tanpa kebenaran.

Kenapa Pilih Kami?

  • Berpengalaman dalam membantu kes kemalangan

  • Memberi panduan yang mudah difahami

  • Proses lebih mudah, cepat dan tanpa tekanan

  • Membantu anda memahami hak dan langkah yang boleh diambil

Kami fokus untuk membantu anda mendapatkan arah yang betul supaya proses tuntutan menjadi lebih lancar dan teratur.

Penafian

Laman ini menyediakan maklumat umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang. Setiap kes adalah berbeza dan akan dinilai berdasarkan situasi individu.

Laman ini dikendalikan secara bebas untuk membantu individu mendapatkan maklumat dan panduan berkaitan tuntutan kemalangan jalan raya.